Monday 1 January 2018

6 LANGKAH MENGURANGKAN RASA SAKIT




Sekiranya kita di takdirkan mempunyai penyakit dan perlu hidup dalam kesakitan yang mungkin kerap terjadi maka, janganlah kita rasa putus asa, berfikiran negatif,hanya menyerah serta menyalahkan diri sendiri.


Setiap yang terjadi dengan izin Allah dan pasti ada sebab dan hikmah yang tidak kita sedar. Saya juga mempunyai masalah tulang belakang bengkok di bahagian pinggul serta penyakit endometriosis. Menurut doktor, penyakit ini boleh berulang dan kebarangkalian untuk saya kerap rasa sakit terutamanya apabila melibatkan pergerakan fizikal yang aktif, dan apabila datang bulan.


Pada mulanya agak tertekan tetapi saya positif setiap penyakit ada ubat dan pasti ada cara untuk melawan kesakitan ini. Seboleh mungkin saya mengelak daripada terlalu bergantung kepada ubat doktor dan lebihkan kepada pemakanan yang sihat serta memperbanyakkan pengambilan sayuran & buah-buahan dalam diet harian saya.




5 tips atau perkara yang saya amalkan untuk mengurangkan rasa sakit yang di alami adalah :-

1) UBAH CARA KITA BERFIKIR

- Ini adalah satu kaedah yang sangat-sangat powerful kerana bukan sahaja mampu mengurangkan rasa sakit yang di alami malah membina jati diri yang kental, positif dan semangat yang tinggi. Bagaimana caranya ?

* Tetapkan dan fokus kepada  Misi/Matlamat yang kita mampu atasi rasa sakit ini.

* Terima hakikat kita ini UNIK dan perlu ubah cara hidup dengan keadaan diri sekarang.PERUBAHAN itu juga satu kebaikan.


* Fokus kepada nikmat,kebaikan yang kita perolehi sekarang & banyakkan bersyukur. Contoh , Meskipun saya mempunyai masalah tulang bengkok dan kadang-kala menyukar saya bergerak dan berjalan, tetapi saya masih lagi bernyawa dan mempunyai kaki.


* Tentukan cara yang boleh mengurangkan sakit seperti ubah tabiat pemakanan kearah makanan yang lebih berkhasiat dan seimbang. Seperti saya yang mempunyai masalah endometriosis,saya elakkan pengambilan coklat dan minuman kacang soya. Saya lebihkan kepada sayuran , buah-buahan yang kaya anti oksida dan potasium. Minuman wajib saya setiap hari ialah JUS LOBAK MERAH + APPLE atau JUS LOBAK MERAH + STRAWBERRY.


2) FOKUS KEPADA PERNAFASAN

- Apabila kita rasa sakit, tarik nafas dan hembuskan perlahan-lahan. Fokuskan seluruh minda dan fikiran kita kepada pernafasan. Jika boleh, pasanglah alunan muzik yang mendamaikan atau zikir asmaul husna sewaktu kita bernafas untuk menahan sakit.

- Proses ini memerlukan latihan dan kesabaran dan kadang kala pada peringkat pertama percubaan mungkin gagal. Jangan risau dan jangan putus asa. Teruskan dan saya yakin,anda juga pasti berjaya. Ini adalah kerana saya berjaya dan masih kekal dengan kaedah ini tanpa menggunakan ubat doktor kecuali kes-kes kecemasan.


3) ADA WAKTU " BEREHAT"/PACING TIME

- Hanya kita yang tahu kemampuan dan kekuatan tubuh kita dengan penyakit yang ada. Jadi, buat jadual atau tentukan aktiviti yang sesuai kita lakukan terlebih dahulu dan belajar untuk " BEREHAT" seketika sewaktu melakukan aktiviti harian.

- Tentukan aktiviti yang manakah perlu kita lebihkan tenaga, pergerakan tanpa menimbulkan rasa sakit. Sewaktu " BEREHAT" seketika boleh kita gunakan untuk buat sedikit senamam regangan atau mendengar muzik yang mendamaikan.




4) TETAPKAN PELAN TINDAKAN/ACTION PLAN

- Tentukan jenis aktiviti yang mana boleh kita lakukan dengan mudah, yang perlu dikemudiankan atau dilakukan selepas waktu " BEREHAT/PACING TIME".


- Tetapkan senaman atau diet harian yang mesti kita ambil. Contoh mesti lakukan senaman setiap 30 minit setiap hari atau jenis sayuran atau buah-buahan yang perlu dimakan untuk membantu tubuh badan lebih sihat, mengurangkan sakit dan insyaallah penyakit akan sembuh.


- Tentukan juga waktu tidur yang sesuai dengan diri kita. Bagi sesiapa yang mempunyai sakit pinggang , sakit belakang, salah satu cara terbaik rawatan adalah dengan perbanyakkan solat sunat terutamanya Solat Sunat Tahajud. Anda boleh amalkan dan insyaallah anda akan rasa perubahannya.




5) BERKONGSI ACTION PLAN/MISI MENGURANGKAN SAKIT DENGAN KELUARGA & SAHABAT-SAHABAT

- Berkongsi segala perancangan kita dengan keluarga dan sahabat-sahabat tentang usaha kita untuk mengurangkan sakit malah usaha untuk sembuh. Proses ini akan lebih bermakna dan menyeronokkan bila kita lakukan dengan orang tersayang. Pada ketika saya mulakan misi ini & untuk tidak terlalu bergantung dengan ubat doktor, orang pertama yang saya beritahu ialah ibu saya terutamanya tentang perubahan diet harian saya.

- Sekarang ibu dan ayah saya pun sama-sama ikut minum jus Lobak merah atau pelbagai jus buah-buahan setiap hari. Saya juga mempunyai kerusi khas untuk membantu saya duduk kerana masalah tulang belakang ini.




6) PERGI KE TAMAN BUNGA ATAU MENGHIDU BUNGA/SAYURAN/BUAH-BUAHAN

- Tabiat menghidu bau bunga, sayuran atau buah-buahan adalah satu perkara yang amat baik terutamanya buah-buahan yang mempunyai warna yang terang. Ini adalah kerana setiap bunga, buah-buahan ini mempunyai tenaga, 
" vibration" yang boleh memindahkan aura positif kepada sesiapa yang menghidunya.

- Sewaktu saya sakit di Jepun dan terpaksa dimasukkan ke hospital,para doktor meletakkan buah apple disebelah katil pesakit. Pada mulanya saya ingat untuk makan, tetapi buah tersebut digunakan sebagai terapi dan bantuan kepada pesakit untuk mengurangkan rasa sakit dan menenangkan pesakit.


Jadi,anda boleh cuba dan amalkan tips ini dan dengan izinNYa berkesan dan memberi banyak manfaat kepada anda.


Saya doakan ANDA SENTIASA BERADA DALAM RAHMAT ALLAH, DISAYANGI PARA NABI, & DIKASIHI MALAIKAT.


SALAM SAYANG, Ms CRAVIA. 








6 LANGKAH MENGURANGKAN RASA SAKIT

Sekiranya kita di takdirkan mempunyai penyakit dan perlu hidup dalam kesakitan yang mungkin kerap terjadi maka, janganlah kita rasa ...