Monday 1 January 2018

6 LANGKAH MENGURANGKAN RASA SAKIT




Sekiranya kita di takdirkan mempunyai penyakit dan perlu hidup dalam kesakitan yang mungkin kerap terjadi maka, janganlah kita rasa putus asa, berfikiran negatif,hanya menyerah serta menyalahkan diri sendiri.


Setiap yang terjadi dengan izin Allah dan pasti ada sebab dan hikmah yang tidak kita sedar. Saya juga mempunyai masalah tulang belakang bengkok di bahagian pinggul serta penyakit endometriosis. Menurut doktor, penyakit ini boleh berulang dan kebarangkalian untuk saya kerap rasa sakit terutamanya apabila melibatkan pergerakan fizikal yang aktif, dan apabila datang bulan.


Pada mulanya agak tertekan tetapi saya positif setiap penyakit ada ubat dan pasti ada cara untuk melawan kesakitan ini. Seboleh mungkin saya mengelak daripada terlalu bergantung kepada ubat doktor dan lebihkan kepada pemakanan yang sihat serta memperbanyakkan pengambilan sayuran & buah-buahan dalam diet harian saya.




5 tips atau perkara yang saya amalkan untuk mengurangkan rasa sakit yang di alami adalah :-

1) UBAH CARA KITA BERFIKIR

- Ini adalah satu kaedah yang sangat-sangat powerful kerana bukan sahaja mampu mengurangkan rasa sakit yang di alami malah membina jati diri yang kental, positif dan semangat yang tinggi. Bagaimana caranya ?

* Tetapkan dan fokus kepada  Misi/Matlamat yang kita mampu atasi rasa sakit ini.

* Terima hakikat kita ini UNIK dan perlu ubah cara hidup dengan keadaan diri sekarang.PERUBAHAN itu juga satu kebaikan.


* Fokus kepada nikmat,kebaikan yang kita perolehi sekarang & banyakkan bersyukur. Contoh , Meskipun saya mempunyai masalah tulang bengkok dan kadang-kala menyukar saya bergerak dan berjalan, tetapi saya masih lagi bernyawa dan mempunyai kaki.


* Tentukan cara yang boleh mengurangkan sakit seperti ubah tabiat pemakanan kearah makanan yang lebih berkhasiat dan seimbang. Seperti saya yang mempunyai masalah endometriosis,saya elakkan pengambilan coklat dan minuman kacang soya. Saya lebihkan kepada sayuran , buah-buahan yang kaya anti oksida dan potasium. Minuman wajib saya setiap hari ialah JUS LOBAK MERAH + APPLE atau JUS LOBAK MERAH + STRAWBERRY.


2) FOKUS KEPADA PERNAFASAN

- Apabila kita rasa sakit, tarik nafas dan hembuskan perlahan-lahan. Fokuskan seluruh minda dan fikiran kita kepada pernafasan. Jika boleh, pasanglah alunan muzik yang mendamaikan atau zikir asmaul husna sewaktu kita bernafas untuk menahan sakit.

- Proses ini memerlukan latihan dan kesabaran dan kadang kala pada peringkat pertama percubaan mungkin gagal. Jangan risau dan jangan putus asa. Teruskan dan saya yakin,anda juga pasti berjaya. Ini adalah kerana saya berjaya dan masih kekal dengan kaedah ini tanpa menggunakan ubat doktor kecuali kes-kes kecemasan.


3) ADA WAKTU " BEREHAT"/PACING TIME

- Hanya kita yang tahu kemampuan dan kekuatan tubuh kita dengan penyakit yang ada. Jadi, buat jadual atau tentukan aktiviti yang sesuai kita lakukan terlebih dahulu dan belajar untuk " BEREHAT" seketika sewaktu melakukan aktiviti harian.

- Tentukan aktiviti yang manakah perlu kita lebihkan tenaga, pergerakan tanpa menimbulkan rasa sakit. Sewaktu " BEREHAT" seketika boleh kita gunakan untuk buat sedikit senamam regangan atau mendengar muzik yang mendamaikan.




4) TETAPKAN PELAN TINDAKAN/ACTION PLAN

- Tentukan jenis aktiviti yang mana boleh kita lakukan dengan mudah, yang perlu dikemudiankan atau dilakukan selepas waktu " BEREHAT/PACING TIME".


- Tetapkan senaman atau diet harian yang mesti kita ambil. Contoh mesti lakukan senaman setiap 30 minit setiap hari atau jenis sayuran atau buah-buahan yang perlu dimakan untuk membantu tubuh badan lebih sihat, mengurangkan sakit dan insyaallah penyakit akan sembuh.


- Tentukan juga waktu tidur yang sesuai dengan diri kita. Bagi sesiapa yang mempunyai sakit pinggang , sakit belakang, salah satu cara terbaik rawatan adalah dengan perbanyakkan solat sunat terutamanya Solat Sunat Tahajud. Anda boleh amalkan dan insyaallah anda akan rasa perubahannya.




5) BERKONGSI ACTION PLAN/MISI MENGURANGKAN SAKIT DENGAN KELUARGA & SAHABAT-SAHABAT

- Berkongsi segala perancangan kita dengan keluarga dan sahabat-sahabat tentang usaha kita untuk mengurangkan sakit malah usaha untuk sembuh. Proses ini akan lebih bermakna dan menyeronokkan bila kita lakukan dengan orang tersayang. Pada ketika saya mulakan misi ini & untuk tidak terlalu bergantung dengan ubat doktor, orang pertama yang saya beritahu ialah ibu saya terutamanya tentang perubahan diet harian saya.

- Sekarang ibu dan ayah saya pun sama-sama ikut minum jus Lobak merah atau pelbagai jus buah-buahan setiap hari. Saya juga mempunyai kerusi khas untuk membantu saya duduk kerana masalah tulang belakang ini.




6) PERGI KE TAMAN BUNGA ATAU MENGHIDU BUNGA/SAYURAN/BUAH-BUAHAN

- Tabiat menghidu bau bunga, sayuran atau buah-buahan adalah satu perkara yang amat baik terutamanya buah-buahan yang mempunyai warna yang terang. Ini adalah kerana setiap bunga, buah-buahan ini mempunyai tenaga, 
" vibration" yang boleh memindahkan aura positif kepada sesiapa yang menghidunya.

- Sewaktu saya sakit di Jepun dan terpaksa dimasukkan ke hospital,para doktor meletakkan buah apple disebelah katil pesakit. Pada mulanya saya ingat untuk makan, tetapi buah tersebut digunakan sebagai terapi dan bantuan kepada pesakit untuk mengurangkan rasa sakit dan menenangkan pesakit.


Jadi,anda boleh cuba dan amalkan tips ini dan dengan izinNYa berkesan dan memberi banyak manfaat kepada anda.


Saya doakan ANDA SENTIASA BERADA DALAM RAHMAT ALLAH, DISAYANGI PARA NABI, & DIKASIHI MALAIKAT.


SALAM SAYANG, Ms CRAVIA. 








Sunday 31 December 2017

MAKAN LOBAK MERAH MENTAH ATAU DIMASAK ,,, MANA SATU LEBIH BAIK ?



Lobak merah adalah salah satu sayuran yang memang diketahui memberi banyak manfaat pada penglihatan , kulit , pencegah kanser kerana mempunyai sumber vitamin A , beta karotine dan anti oksida yang tinggi. Ramai yang suka makan lobak merah dan tak kurang juga yang tak suka makan sayur ini.

Macam-macam idea yang dibuat untuk memujuk mereka yang tak suka makan sayur terutamanya lobak merah. Ada yang buat kek , buat jus , makan mentah dan macam-macam lagi cuma macam mana kita nak pastikan , cara yang paling sesuai untuk kita makan lobak merah ni? 

Makan mentah ke atau kena masak?  

Sebenarnya ini semua bergantung kepada tekstur, sifat dan nutrisi yang ada pada sayur itu sendiri. Contoh disini ialah Lobak Merah.




1)  LOBAK MERAH MEMPUNYAI VITAMIN YANG TAK MUDAH HILANG APABILA DIMASAK

- Vitamin yang dimaksudkan ialah Vitamin A & Beta Karotine yang terdapat dalam warna oren lobak merah. Vitamin ini tak mudah hilang malah proses memasak sebenarnya membuka dan membebaskan vitamin ini daripada lobak merah tersebut. 

- Jadi sesuai kita masak lobak merah dan tambah berkhasiat bila kita buat sup atau makanan berkuah kerana vitamin yang terdapat dalam lobak merah ini akan larut bersama-sama.

Antara masakan yang boleh kita buat ialah Sup Ekor yang sedap dicampurkan sekali dengan Lobak Merah yang dipotong dadu. Sesiapa yang tak minatt makan lobak merah, secara tak langsung menghirup vitamin A, beta karotine yang larut dalam sup tersebut. 

Lagi bagus, makanlah sekali dengan lobak merah tu ye. :)



2) LOBAK MERAH YANG DIMASAK RASANYA LEBIH MANIS BERBANDING MENTAH

- Rasa manis ini keluar lebih banyak apabila lobak merah di masak terutamanya apabila di goreng. Goreng pun boleh dengan minyak atau tanpa minyak. Ikut kepada kesesuaian anda. Jadi tak perlulah kita tambah gula atau apa-apa perasa tiruan dalam masakan kita ye. Gunakan rasa semulajadi ini dan bijak adunkan dengan sayuran atau bahan-bahan yang bersesuaian.  

Lagi sedap,percayalah. Itu yang saya lakukan dengan Kerepek Lobak Merah Cravia :)


3)  JANGAN BUANG SERAT LOBAK MERAH APABILA DIBUAT JUS

- Salah satu cara makan lobak merah mentah ialah dengan buat jus atau ada yang ratah sahaja. Bila buat jus,pastikan serat lobak merah yang anda blend dimakan sekali. Jangan ambil airnya sahaja kerana vitamin yang ada dalam serat lobak merah tadi tak patut dibuang. 

- Ada yang tak boleh ratah sayur ini kerana mungkin kerana tak sengaja terpilih lobak merah yang agak tua dan rasanya tidak begitu manis dan wangi.
( saya akan kongsi cara pilih lobak merah pada post akan datang ye) 

- Anda boleh pilih "baby carrot" kerana lobak merah ini mempunyai kulit yang sangat halus dan nipis dan rasa manis yang lebih kuat berbanding lobak merah biasa. Cuma harganya agak mahal sedikit.



ok, itu sahaja yang saya kongsikan setakat ini. Anda tentukan , yang mana lebih baik? Masak atau makan mentah . Bagi saya, yang penting adalah, macam mana nak pupuk tabiat suka makan sayur terutamanya lobak merah dalam kehidupan kita sekeluarga.

SELAMAT MENCUBA

Salam Sayang,, Ms CRAVIA









Friday 29 December 2017

RAHSIA KULIT CANTIK & SIHAT CARA SEMULAJADI DAN MURAH




Salam sayang semua.Saya nak berkongsi tips macam mana nak jadikan rambut atau kulit kita cantik, sihat dengan cara yang paling jimat dan gunakan bahan-bahan semulajadi. Senang nak dapat, murah dan kesannya sangat cepat, insyaallah. Saya sebenarnya dah amalkan guna bahan-bahan semulajadi ini sejak remaja lagi. Salah satu faktornya adalah sebab nak jimat duit.hehe
Nak minta mak tolong beli takut kena marah,jadi sambil2 beli bahan-bahan untuk memasak, minta tolong beli lebih sedikit.


Antara bahan yang selalu saya guna ialah Lobak Merah,Santan Kelapa,Limau Nipis@Limau Purut, Kunyit Hidup, Beras dan Asam Jawa. Senangkan nak dapat bahan-bahan ni kan. :)

1) LOBAK MERAH ( CARROT )


Lobak merah sebenarnya bukan sahaja bagus untuk mata tetapi nutrien yang terkandung dalam lobak merah juga sebenarnya sangat bagus untuk Awet Muda, Menegang dan Memutihkan Kulit serta merupakan salah satu sayuran Anti Oksida yang tinggi.

Lobak merah sedap dimakan mentah terutamanya lobak merah yang muda, nipis kulitnya,rasa manis dan wangi seperti Baby Carrot. Kalau tak biasa makan mentah, boleh cuba cara yang saya buat. Blend halus untuk dijadikan JUS. Saya memang suka minum JUS LOBAK MERAH + dengan beberapa buah-buahan yang lain. 

Atau boleh juga Lobak Merah yang telah di hancurkan, dijadikan Masker pada muka atau Lulur Badan. Hancurkan/Blend bersama beras dan lulur dibadan. Buat seminggu 3 kali atau ikut kesesuaian anda. Hasilnya memang menakjubkan !!!!!

2) SANTAN KELAPA



Guna santan kelapa yang segar tau. Jangan guna santan dalam kotak atau yang instant. Tak jadi nanti,,hehe. Beli lah di kedai santan kelapa sebiji. Tak rugi insyaallah sebab hasilnya sangat cepat.

Guna santan kelapa macam kita guna syampu.Lepas 15 atau 20 minit,kita cucilah rambut. Nak rambut lagi Lebat, Wangi dan Kulit Kepala Tak Berminyak atau Berkeruping, dan kepala rasa sejuk,boleh guna limau nipis atau limau purut. Belah 2 @ 4 limau tu, dan gosokkan pada kulit kepala ye.

Anda cuba buat dan rasalah kenikmatannya, wangi rambut yang asli tanpa sebarang bahan kimia.

3) LULUR 


Nak buat lulur badan senang saje. Boleh guna beras, kunyit hidup, asam jawa atau kalau nak masukkan lobak merah pun boleh. Yang penting, selepas campur semua bahan ini, mesti diblend/hancurkan sampai halus atau lumat ye.
Jika ada minyak kelapa dara, nak campurkan pun boleh. Kalau tak ada, bahan-bahan ini pun sudah memadai untuk :

* kulit putih, membuang sel-sel kulit mati di badan
* menghilangkan jerawat
* awet muda

Berapa kali nak lulur badan? Pada saya, terpulang pada kesesuaian masa masing-masing. Saranan saya seminggu sekali nak lulur badan pun boleh. 
Yang penting, amalkan pemakanan yang sihat dan lebihkan sayuran dan buah-buahan dalam diet harian kita ye.

SELAMAT MENCUBA !!!! 








Thursday 28 December 2017

CARA PALING SENANG , PALING CEPAT, PALING SEDAP PUJUK ANAK-ANAK YANG SUSAH NAK MAKAN SAYUR



Zaman sekarang ni, ramai ibu bapa yang hadapi masalah anak-anak cukup susah nak makan sayur atau buah-buahan. Ada lagi mencabar , nak suruh anak makan pun cukup susah. Lagi best, anak-anak susah nak makan sayur sebab rupa-rupanya mak bapa dia pun tak makan sayur.

Tak mengapa, jangan risau. Saya nak kongsikan satu cara yang saya buat untuk pujuk diri saya sendiri makan sayur dan buah- buahan setiap hari dengan kuantiti seimbang  dalam diet pemakanan saya. Untuk pengetahuan semua,saya pun ada masalah ini juga dulu.hehe

Ok, cara yang saya amalkan ialah dengan campurkan sayuran dan buah-buahan,blend dan jadikan jus. Disini saya kongsi beberapa campuran sayuran dan buah-buahan yang hasilkan rasa yang Paling Sedap, Paling Berkhasiat , Menjimatkan dan Mudah disediakan. Tak sampai 5minit pun.



Kenapa Menjimatkan ? 
Jus ini tahan lebih kurang 3hari dan mesti simpan dalam Peti Sejuk. Jika dibiarkan dalam suhu bilik, jus cuma tahan sehari sahaja. Masih berbaloi berbanding beli jus yg ada di luar.

Antara campuran sayur+buah yg paling saya gemar 

1) CARROT + LIMAU + STEVIA

2) CARROT + STRAWBERY + STEVIA

3) CARROT + APPLE

4) CARROT + CELERY + APPLE + STEVIA

* Saya suka tambah stevia sebab tiada kalori macam gula tapi masih manis. Saya cuba letak 3 titik saje. Nak campur madu pun boleh.

Semoga sedikit perkongsian ini bantu anak-anak yg susah nak makan sayur, boleh makan dengan happy dan akhirnya jadi tabiat pemakanan sihat. 








Wednesday 20 December 2017

Tuesday 24 February 2015

Sejarah Awal " CRAVIA"



( Rupa Awal Cravia Sewaktu Proses RND)


Idea Kerepek Lobak Merah " CRAVIA" tercetus pada hujung tahun 2014,di saat- saat bisnes pertama saya mellingkup. Ketika tertekan & stress, dengan izinNYa dihadiahkan ilham hasilkan Snek daripada Lobak Merah dan Stevia ketika saya betul-betul nak buang carrot yang ketika itu ada banyak di rumah.

Daripada niat nak buang carrot, dengan idea yang Allah kurniakan bermulalah proses RND Kerepek Lobak Merah yang mengambil masa lebih kurang 4bulan sehingga saya yakin untuk kongsi dengan orang ramai pada April 2015. Itu pun setelah di bantu oleh pihak MARDI dalam pelbagai aspek terutamanya dari segi rupa dan jangka hayat kerepek ini. Alhamdulillah,pengalaman  bekerja sebagai Foodline Manager, Perishable Manager malah latihan hampir setahun di Jepun tentang sayuran & buah-buahan banyak membantu saya dalam proses RND. 





Pengalaman saya  keluar masuk hospital sejak berumur 13tahun & pada masa yang sama gemar makan makanan segera, makan snek dan macam2 produk fast food banyak membuka mata saya betapa pentingnya diet makanan yang sihat dan seimbang sejak kecil.
Penyakit kadang-kadang tak menyerang dikala kita kecil tetapi dalam proses kita meningkat dewasa, antibodi & tubuh badan kita sebenarnya lemah.

Itulah yang terjadi pada saya bila saya dikesan menghidap endometriosis seawal usia 15tahun. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Seterusnya pelbagai lagi ujian kesihatan sehingga saya terpaksa meletakkan jawatan sebagai Pengurus kerana sakit yang semakin kerap terjadi sehingga menjejaskan keupayaan saya & prestasi kerja saya.

Ini yang menguatkan semangat saya ketika proses RND Kerepek Lobak Merah Cravia berdepan macam-macam kesukaran. Saya dah rasa peritnya bila selalu keluar masuk hospital, sedihnya hati bila selalu dapat soalan macam ni, " Laa,,masuk hospital lagi ke? Duduk je lah kat situ" " Asyik sakit je lah kau ni ". Hanya boleh senyum sambil istighfar dalam hati. :) . Jadi bila mana berdepan cabaran terutamanya tiada mesin di pasaran yang boleh menghasilkan kerepek lobak merah ini kerana saya lakukan sedikit inovasi dlm teknik pembuatan snek malah berusaha menggunakan lobak merah segar , maka 70% mesin kerepek ini  perlu direka sendiri dan selebihnya menggunakan mesin & peralatan bakery.


Sehingga kini, Kerepek Lobak Merah Cravia telah mendapat banyak respon positif daripada mereka yang telah mencuba dan makan Cravia. Buat masa ini, saya masih lagi berusaha untuk memanjangkan jangka hayat kerepek ini dari 4 bulan kepada 1 tahun dengan tidak menggunakan sebarang bahan pengawet , tanpa MSG atau apa-apa perasa tiruan. Masih lagi berusaha memperkenalkan & mengukuhkan snek Kerepek Lobak Merah Cravia di pasaran tempatan dan berjuang untuk berkongsi manfaat snek ini dengan ramai ibu bapa.

Perjuangan CRAVIA bukan sekadar untuk memdidik anak-anak makan snek yg berkhasiat tapi sebenarnya adalah KEHIDUPAN KITA SENDIRI,KELUARGA KITA & UMMAH.











6 LANGKAH MENGURANGKAN RASA SAKIT

Sekiranya kita di takdirkan mempunyai penyakit dan perlu hidup dalam kesakitan yang mungkin kerap terjadi maka, janganlah kita rasa ...